Ini merupakan produk yang telah dihasilkan.
Bahan yang digunakan ialah:
Set puzzle 3D
Miniatur orang-orang
Set ini boleh didapatkan di kedai DIY, Eco dan Kedai Buku.
OBJEKTIF PRODUK: Objektif kami adalah untuk membantu klien mengekspresikan emosi mereka melalui teknik seni kreatif. DI samping, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri klien dalam menghadapi isu tekanan yang dialami.
KEPENTINGAN:
●Aktiviti bermain juga dapat membantu kanak-kanak bersosial dalam sesebuah kumpulan secara tidak langsung apabila melakukan aktiviti bermain bersama-sama (Katz, 1993)
●Menurut Al Ghazali (1988), melalui aktiviti bermain, kanak-kanak berupaya merehatkan fizikal dan minda yang keletihan di sekolah. Apabila kanak-kanak dilarang bermain dan hanya dipaksa untuk belajar, ini akan mematikan hatinya, melemahkan otaknya dan kecerdasannya akan terjejas.
MANUAL PENGGUNAAN:
•KAUNSELOR MENYEDIAKAN KIT MINIATUR DAN MENGELUARKAN SET MINIATUR
•KAUNSELOR MEMBERIKAN MINIATUR-MINIATUR TERSEBUT KEPADA KLIEN
•KLIEN BEBAS MEMILIH MANA-MANA MINIATUR YANG INGIN DIGUNAKAN
•BERDASARKAN KEPADA PENGGUNAAN MINIATUR ITU, KAUNSELOR MEMBERI PELUANG KEPADA KLIEN UNTUK MENGEKSPRESIKAN EMOSI MEREKA
SASARAN:
Klien yang berkeperluan
Rakaman Penghasilan Produk